Pemilihan Warna Tudung

Pemilihan warna tudung sangat penting bagi memastikan ianya sesuai dengan kulit wajah kita agar tidak kelihatan suram atau tenggelam oleh warna. Sebelum memilih warna tudung kita perlulah mengenal pasti warna kulit kita terdahulu kerana kulit manusia adalah berbeza. Berikut adalah antara warna tudung yang boleh dipadankan dengan kulit wanita asia, antranya ialah :

Kulit Cerah

Bagi anda yang mempunyai kulit cerah atau putih biasanya lebih senang memilih warna kerana kebanyakan warna sangat sesuai dengan anda. Walaubagaimanapun elakkan warna-warna pastel seperti  coklat muda dan pink muda kerana warna-warna seperti ini boleh membuat kulit anda kelihatan suram atau pucat dek tenggelam oleh warna yang seakan-akan kulit anda. Sebaiknya pilihla warna-warna yang garang seperti  merah, oren dan kuning kerana warna-warna ini akan menampakkan anda kelihatan lebih berseri dan cantik dan pastinya warna kulit cerah anda lebih menyerlah.

Kulit Sawo Matang

Sawo matang ini ialah warna kulit yang tidak gelap tetapi juga tidak cerah. Warna kulit sebegini sangat cantik tetapi jika pilihan warna tidak betul, kulit anda akan kelihatan sangat kusam dan gelap. Warna-warna yang sesuai dengan anda yang berkulit sawo matang adalah warna-warna seperti merah hati, ungu dan juga kuning. Warna-warna ini akan membuat kulit anda lebih cerah dan berseri. Elakkan memakai warna hitam kerana warna hitam akan membuat kulit anda kelihatan lebih gelap dan kusam.

Kulit Kuning Langsat

Warna-warna tropika seperti warna jingga, merah jambu, biru dan oren sangat sesuai bagi mereka yang berkulit kuning langsat. Padanan warna sebegini dengan warna kulit kuning langsat akan menampakkan kulit anda lebih cerah dan cantik. Akan tetapi elakkan warna hijau kerana warna hijau adalah padanan yang tidak sesuai bagi kulit anda kerana warna hijau akan menampakkan kulit anda lebih gelap dan pucat.

Kulit Gelap

Bagi anda yang mempunyai kulit gelap, pilihan warna hitam dan coklat gelap atau warna-warna lain yang gelap sangat tidak sesuai dengan warna kulit anda. Warna sebegini akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih gelap dan sangat suram. Warna-warna pastel juga haruslah juga dielakkan sebaiknya pilih warna yang terang seperti merah dan oren supaya kulit anda lebih menyerlah dan tidak suram.

Oleh itu untuk memastikan anda kelihatan cantik dan menawan pilihla warna yang bersesuaian dengan diri anda. Apabila anda kelihatan cantik, tahap keyakinan anda juga akan meningkat. Tahap keyakinan sangat penting agar hari-hari anda berlalu dengan ceria.

MN Boutique <3

DSC_1013

 Shawl Hanin Square

Free Inner Promotion

Salam,

Berita baik untuk anda! Hari ini kami lancarkan promosi Free Inner sehingga 28 Februari 2013.

Dengan setiap pembelian tudung, anda berhak untuk mendapat sehelai Inner Jersey secara percuma.

Untuk warna inner, anda boleh tengok terus disini 🙂

 http://www.mnboutique.com/product-category/tudung-online-inner-jersey/

Wall Post Free Inner

 

Happy Shopping Ladies! ^_^

Comments Off on Inner Jersey
Tak tahu cara nak order? Klik 'How to Buy?' - Updated 18/05/14 :-)
How to Buy?